Status Mood ! !

Bismillahirrahmanirrahim...Semoga semua pembaca blog ini terus mekar iman dan takwanya .. semoga kita semua menjadi Syabab dan Fatayat yang dapat menegakkan agama Allah .

Membesar Demi Mencari Keredhaan Allah ! !

Daisypath Friendship tickers

Peminat Peminat Blog ! !

Sunday, February 19, 2012

Aku Seketul Batu ! !

 
hye semua bloggers bloggers yang aku kasihi sekalian . apa khabar ? sihat tak ? aku sihat sejahtera , Alhamdulillah . (: 


hari ni aku nak copy cat sebuah kisah or cerita yang ditulis oleh Husna Hassan from Majalah Gen-Q (majalah islamik untuk para remaja , tapi orang dewasa pun boleh baca . ) aku suka cerita ni sangat ! sebab apa kau suka cerita ni ? ha , sebab apa ? biarlah rahsia , ceh ceh , tak de la , aku sendiri tak tau kenapa aku suka cerita ni . hehe .

 

ok , jom kita sama sama baca and hayati cerita yang di tulis oleh Husna Hassan yang bertajuk " AKU SEKETUL BATU " .

Rambut sana hitam tapi hati lain lain . mungkin inilah yang membawa kepada perbezaan pendapat dan fahaman politik . lagikan ulama yang berijtihad berdasarkan al-Quran dan sunah berkhilaf  sesama mereka , inikan pula kita yang semakin jauh daripada 2 panduan asasi tersebut . hayatilah luahan 'rasa' di bawah .


Aku seketul batu . mungkin anda boleh lihat batu ada di mana mana , dalam bentuk yang bervariasi , dengan tekstur yang berlainan dan datang dengan warna yang berbeza . tetapi , aku berbeza daripada semua batu yang ada di dunia ini . akulah seketul batu yang berasal daripada syurga dan berwarna putih bagaikan susu namun aku menjadi hitam kerana dosa-dosa anak cucu Adam . aku lebih dikenali dengan Hajarul Aswad .

 

Kini , aku menetap di penjuru Kaabah , di tanah suci yang aman . aku tidak perlu sertakan alamat penuh kediamanku ini kerana pasti kalian sedia maklum lokasinya . Setiap tahun , aku melihatt berjuta juta umat Islam mengunjungi Kaabah untuk menyempurnakan rukun Islam yang kelima . Pelbagai bangsa dan negara , tanpa mengira warna kulit dan budaya , mereka bersatu hati mengerjakan ibadah haji , hingga melemahkan orang kafir yang melihat jumlah mereka yang begitu ramai . betapa indahnya Islam apabila bersatu . 

 

Sebut perkataan BERSATU , ia mengingatkan aku kepada satu kisah silam . kisah yang telah membuka mataku tentang azimat BERSATU . pernah satu ketika dahulu , kabilah kabilah Arab bergotong royong membersihkan Kaabah selepas dilanda bah . aku pun mesti dialihkan dari kedudukan waktu itu , kepada kedudukan asal selepas beranjak sedikit akibat banjir .

contoh je . nak highlight about 'bergotong royong '


Demi mengejar kemuliaan , setiap kabilah bertelagah , berebut untuk meletakkanku kembali ke tempat asalku . aku sangat takut waktu itu . takut andai peperangan antara mereka tercetus . takut antara jurang yang wujud antara mereka akan semakin besar .

 

Akhirnya seorang lelaki mencadangkan supaya mereka meminta bantuan orang yang terawal sekali yang akan tiba di Kaabah bagi menyelesaikan masalah tersebut . seketika kemudian aku terdengar mereka menyebut tentang kedatangan seorang pemuda .

 

Kulihat wajah pemuda tersebut ibarat purnama . langkahnya zarat dengan zuhud . kudengar mereka yang berada di sekitarnya memanggilnya dengan panggilan al-Amin . ya , aku kenal siapa gerangan pemuda ini . dialah Muhammad yang berperipadi terpuji . sungguh aku sangat menyayangi dirinya . itulah manusia pembawa rahmat kepada seluruh alam , bukan sahaja kepada manusia , malah termasuk juga aku seketul batu .

 

Semua kabilah Arab bersetuju menyerahkan kepada Muhammad untuk menyelesaikan pertelingkahan mereka . aku berasa sedikit lega . melodi perebutan kini kian pudar dari pendengaranku . aku dapat dengar kini , irama keamanan bergema di sekitar Kaabah .


 

Kulihat wajah yang akan menerangi timur dan barat dengan cahaya keimanan itu berfikir sejenak . Kulihat Muhammad menghamparkan kain serbannya sebelum memindahkan aku ke atas kain tersebut . aku kehairanan . apakah strategi Muhammad kini ?

 

" Peganglah setiap bucu kain ini , dan kamu pindahlah hajarul aswad ke tempat asalnya bersama sama . " demikian kudengar bicara keramat Muhammad . kata kata berhikmah yang menyelesaikan satu kemelut perebutan . kini aku yakin sekali , tiada peperangan yang akan mengiringi konflik ini .

 

Demikianlah kisah aku bersama Muhammad dan ketua kabilah Arab . aku bangga dengan tindakan Muhammad yang tidak mudah melatah , malah bertindak dengan bijaksana . walaupun kini Baginda tak lagi bersama kita , namun Baginda tinggalkan buat umatnya al-Quran dan sunah bagi menunjuki manusia ke jalan yang benar .

 

Demikian bicara seketul batu . Andainya batu tersebut melihat pertelingkahan sesama Muslim merebut tampuk kepimpinan , pasti batu yang pernah mempunyai memoir indah bersama Bagina Rasulallah s.a.w itu akan berasa sedih .

 

Setiap pihak mempunyai kelebihan dan kekurangan . sebagaimana kabilah Arab yang memang anti dengan kabilah lain boleh BERSATU dalam konflik tersebut , tidak mustahil kita pun sama . buang jauh jauh semangat 'keakuan' . fikirkanlah metodologi yang sesuai . dengan itu , pasti Islam GAH di dunia !

 

begitulah cerita nya . cerita ni nak suruh kita BERSATU . when Islam BERSATU , orang kafir atau orang bukan Islam ni takut dengan kita . yela kan , majoriti manusia di dunia ni Islam . (: namun , apa yang berlaku kini ? umat Islam berperang sesama sendiri hanya kerana harta , kedudukan , wanita atau lelaki .. MasyaAllah . apa yang dah terjadi ? huhu . jadi , jom kita bersatu agar kita dapat membenteras dan menumbangkan orang kafir !

 

ok , tu aja yang aku nak share untuk hari ni . lain hari aku share benda lain pula ! ok ? bye bye and assalamualaikum !

1 comment:

Syasha Athia said...

Nana sayang ! Syasha pun suka cerita yang nana copy cat tu . nice ! <3