Status Mood ! !

Bismillahirrahmanirrahim...Semoga semua pembaca blog ini terus mekar iman dan takwanya .. semoga kita semua menjadi Syabab dan Fatayat yang dapat menegakkan agama Allah .

Membesar Demi Mencari Keredhaan Allah ! !

Daisypath Friendship tickers

Peminat Peminat Blog ! !

Wednesday, July 26, 2017

MEREPEK !!

 
Hye gurlls . Eh boyss juga . ehehe, apa khabar uolls ? Aku alhamdulillah sihat sejahtera jee . Elok tubuh badan insyaallah . Uolls sihat ke ? Kalau kurang sihat, pergilah cepat cepat jumpa doktor yee. Bukan apa la kan, takut melarat je. Yela zaman sekarang ni kan macam macam penyakit yang ada especially TB, Kanser and paling terbaru ni pula penyakit Rabies. Ya Allah, takut aku dengar penyakit sekarang ni. Macam macam ada and mostly membawa maut. So kalau u guyss tak sihat, cepat cepat dapatkan rawatan okay ?

Ehh, aku nak tanya khabar korang je, asal macam panjang sangat je aku berceloteh.. hahaha, korang tak kisah kan? Kalau kisah, cakap jelah tak kisah tauu. Kalau tak sedih hati aku. ahahhaah,

Today aku saja saja je nak menaip. Bosan ya amaaat wehh tapi dalam masa yang sama ada la juga perasaan risau sebab tak lama lagi aku dah nak start practical or Latihan Industri.. Aku takut nak practical sebab as u guys know that aku ni jenis malu malu kucing and jenis konfiden level yg rendah. pastu aku ni dah la dah tak ingat apa yang aku belajar. Ya Allah, gimana sihh aku nak practical nanti? hurmmm,

Petang ni aku nak menaip nak merepek je.. Hari ni aku tak masak so takdelah sharing resepi ye dok . Haha, tapi insyaallah aku share resepi masakan yg aku masak semalam. semalam nak update tapi lappy semua orang guna, so tak dapatlah eden nak share. hee,

Hurmm,

Semalam kannnn, aku dapat khabar berita bahawa nenek aku tak sihat. Ya Allah, terkejut gak laa. Huhu, tapi alhamdulillah kat kampung tu ramai orang pso ramai boleh jaga and tengok tengokkan Tok Mek. and alhamdulillah pagi tadi dapat berita from Ilin yang Tok Mek dah ada selera makan and much better from yesterday. alhamdulillah. korang tolong doakan nenek aku sembuh tauuu .

Hurmm, cakap pasal doakan nii, aku juga mohon semuua orang especially Muslims untuk doakan saudara saudara kita di Palestine sana. Sekarang ni apa yang aku tahu la kan, Masjidil Aqsa; qiblat pertama umat Islam dah totally dikuasai oleh rejim Zionis Israel laknatullah. Ya Allah, saudara saudara kita sedang berusaha bangkit lawan tentera Zionis di sana, manakah kita ??? apakah sumbangan kita buat saudara kita kat sana kann ? Jadi aku seru korang and aku sendiri untuk bantu saudara kita kat sana. Actually bukan dekat sana je tauu, tapi doakan saudara kita kat seluruh dunia agar sentiasa bersatu dan sentiasa dipelihara Allah.

Okaylah u guyss, aku pun dah tak tau nak merepek apa. nanti aku tulis lagi okay ? As usual, thanks sebab sudi baca blog aku. Much love from me to uguysss :)

Friday, July 21, 2017

MASAK LEMAK PUTIH BAYAM YANG PALING SENANG DAN SEDAP !!

 

Hye uchooolssss . apa khabar ? sihat idok ? aku alhamdulillah sihat sihat ajee . alhamdulillah we alls sihat.. mana menghilang ? lama tak update ? Alhamdulillah. ahaha, tak kemana pun. ada je duduk rumah dok besarkan badan .. eh ?


Image result for besarkan badan


Hurmmm, hari ni aku terasa nak sharing something la dengan korang. korang nak ke idok ? ehehehe . sharing gapo tu mekna oii ? ada ada je la kau ni. dah la lama menghilang pastu tetiba muncul nak share dengan kita orang . before kau share tuu, cite ahh mana kau menghilang ... aduyaii kau ni kann. sejak bila jadi kepoci ni hurm ? aku ada jelah kat rumah. dah cuti 5 bulan, dok rumah goyang kaki je. ehehe, actually kan, aku jadi "chef" je kat rumah. dah "chef Amni" dah gi sambung belajar, maka akulah ambil alih tugas dia. ehehhe,
Image result for chef

Wahhhh. mesti tak sedap kan kau masak ? yelah, budak belajar QS mana nak reti masak... betul kan ? ahhahaha, amboi mulut kau. macam longkang kan ? sapa kata budak yang belajar QS ni tak reti masak ? who said that ? you tell me ? okay okay. sorry cikNa oii . jangan lah naik angin. gurau sikit pun tak bolehlah kau ni. sensitif benor. period kee ? 

Image result for period

Lullsss, memang ahh aku sensitif sikit. sesuka hati kau je kan cakap budak budak belajar construction like me tak reti masak. kita orang pandai ahh. dah la Cik Na oii. tak payah layan dia. ha cuba habaq kau masak apa ? eh tu ke yang kau nak share tadi ? ha , pandai la kau weh. haah. tu yang aku nak share ni. 

Okay lah, sepanjang cuti sem aku yang bakal berakhir bulan 9 nanti, aku kan kata aku duduk rumah je. aku jadi seorang "tukang masak" untuk rumah ni. semalas malas aku pun, nak taknak kena juga bangun masak untuk family if not kesian family tak ada benda nak makan. betul tak ? so now, aku nak tunjuklah yang hari ni aku masak for my family.

Actually dah lama dah aku nak share dengan uguyss, tapi asyik malas je nak hadap lappy. ehhe, sorry guyss. so hari ni aku masak Bayam masak lemak putih with keledek dan juga goreng ikan cicah budu. sedapnya mekNa. sedap wehh. sumpah tak tipu . eheheh, bukan nak puji diri sendiri but hakikat memang sedap. pekat dia , perghhh meleleh ayaq liuq, okay tu tipu . ehhehe,

Image result for sedap

Okaylah, sedap sangat ni pun sebab aku tengok resepi orang. Nak harap aku yang masak sendiri ? memang kelaut la jadinya. mana la aku pernah masak lemak putih bayam ni kan. so aku godek resepi orang. ehhee, aku ambil resepi ni dekat Instagram dia. aku tengah main Instagram semalam, pastu tengah scroll scroll tu, sekali nampak dia masak lemak putih bayam ni, terus terasa nak masak untuk hari ni.



ha nampak kan lauk lauk aku untuk tengah hari ni ? nampak tak bayam masak lemak putih tu ? nampak kan ? nampak tapi kau nak share lemak bayam putih je ke ? yang lauk lain tu ? apa benda ? aigooo, memang la ada lauk lain tapi hari ni tujuan aku update blog is to share with uguyss about the recipe that i got from instagram ! yang sup ikan siakap tu lauk semalam, nanti aku share resepi ye, pastu tu ikan goreng dengan budu, yang tu kalau kau minta resepi juga, memang aku tampor laju laju. hahahaa,

Image result for tampar

Dah dah, aku nak share resepi ni. Its really simple . sangat senang. I swear . tak tipu pun . meh tengok the recipe okay .

BAYAM MASAK LEMAK PUTIH

Bahan :
- Bayam hijau
- Bayam merah
- Bawang merah
- Bawang putih
- Lada hitam
- Ikan kembung (rebus and buang tulang)
- Santan
- Keledek

Cara-cara:
1. Blend bawang merah, bawang putih, lada hitam dan isi ikan yang dah direbus dan dibuang tulang.
2. Masukkan bahan blend dalam santan dan masak atas api yang kecil.
3. Tunggu gelegak and after that masukkan keledek.
4. After keledek dah lembut, masukkan garam dan gula.
5. After that masukkan bayam hijau dan bayam merah.
6. Kacau kacau kejap dan terus tutup api.


Ha, kan aku dah cakap. Senang sangat masak lemak putih bayam ni. Main campak campak je. dah jadi. haah la. senang je. need to try this later. tapi kan cik Na, sukatan dia cemana ? yeah, you should beb. hehee, urmmm, sukatan ? agak agak je . ikut sedap tekak sendiri. ehehhe,

Image result for try

Okaylah uguyss. Hajat aku nak share recipe with uguyss dah terlaksana. Akhirnyaaaaa. ahahaha, okay lah, I should go now. nanti lain masa aku share resipi and aku update about my life okay ? jangan pula korang segan malu malu kucing nak singgah blog merepek aku ni lagi tauu. Thanks for your time in my blog and see u guyss again next time. Insyaallah. Aku pergi dulu assalamualaikum .