Status Mood ! !

Bismillahirrahmanirrahim...Semoga semua pembaca blog ini terus mekar iman dan takwanya .. semoga kita semua menjadi Syabab dan Fatayat yang dapat menegakkan agama Allah .

Membesar Demi Mencari Keredhaan Allah ! !

Daisypath Friendship tickers

Peminat Peminat Blog ! !

Friday, February 10, 2017

AFTER ABOUT 2 YEARS !!


Hye hye hye uchollsss , buat apa tu ? dah makan belum ? makan apa Na ? dinner ke supper ? choitt la kauu . tak kisahlah makan apa, makan malam ke makan tengah malam ke, dah ke idok ? ehehe ,
Urmmm, dah lama kan aku tak menaip ? aku takde mood and takde rasa nak menulis . kenapa jadi macam tu Na oii ? entahlah chorr , aku tak tau la apa pasai dia jadi macam tuu. hahaha, 
Image result for tak tau
Hurmm, malam ni after a year or two years aku tak update my blog, malam ni aku terasa nak menaip. Tu pun after tetiba kepala ni teringat kat blog and baca entry entry lepas. hahaha, so tonight gonna be a night where i want to share about anything and everything . ehh ? everything and anything ?? macam pelik je aku dengar Cik Na oii . eh taklah, mana ada yang peliknya . ahaha ,

Okaylah I'm gonna start my sharing session okay ? 

Aku pelajar tahun 2 di UiTM Seri Iskandar, Perak. I think everyone know the place. kalau tak tau kat mana tu, google la sendiri. macam macam kekdah ada . ahaha, aku melangkah masuk ke UiTM tu pada Jun 2015 . berapa haribulan aku tak berapa nak ingat sangat, but then tak silap aku awal bulan 6 la gituu.
Image result for june 2015
Sem pertama berlalu dengan baik dan indah je kot. bolehlah kata indah. ahaha, actually takdelah indah sangat but then sem satu tak banyak sangat la masalah dia. study aku time tu pun okay je and result pun time tu gempak . bangga habis la tu? berlagak la kau ni Cik Na oii . mana ada aku berlagak la beb. ni baru cerita sem satuu. bagi la chance aku nak merasa result baik and make my parents proud.
Naik sem dua, aku start busy. Aku pun tak tau aku busy dengan apa. yang penting time tu aku dah tak berapa nak cara ko study dah. result sem dua pun jatuh. hurmm, time sem dua ni, aku mula perasan yang someone yang aku sayang dah start to avoid me walaupun tak berapa nak jelas. but then i can feel it. cuma aku sedapkan hati takde menda kot. tak payah pikir sangat sebab aku sayang dia kott. 
Image result for tak payah pikir
Naik sem tiga, aku pegang jawatan JPK . JPK ? apa tu ?? urmm, JPK tu stands for Jawatankuasa Perwakilan. more pada satu organisasi yang dilantik untuk urus kolej la. ha tula JPK. aku happy at first kenal kawan kawan JPK aku tu. Normallah kan, dapat kawan baru yang lain daripada kawan kelas kau, so i'm quite happy la at that moment walaupun dalam masa yang sama takut untuk handle satu lagi tanggungjawab. hurmm, time sem tiga ni, bagi aku macam macam berlaku . kadang kadang aku penat bila fikirkan pasal benda tu semua. 
Image result for tired
Dalam sem 3 ni la, kawan yang aku sayang dari sem satu terang terangan tak suka aku. Aku tak pasti orang lain perasan or not, tapi aku PERASAN kott . Dia buat aku macam apa je. I could feel it tapi aku diam sebab aku tak mampu nak bersuara depan dia. Actually aku tak mampu nak luahkan apa yang aku rasa pada orang yang aku terasa or orang yang aku tak puas hati tu. Its me actually. Kawan aku ni aku sayang gila kat dia, tapi bila dia buat aku macam tu, nak tak nak aku terpaksa telan juga apa yang dia buat kat aku. Awal sem tiga takdelah nampak sangat perangai tak suka dia pada aku, tapi akhir akhir sem 3, aku nampak yang dia tak suka aku. Aku tak tau la if itu hanya perasaan aku je ke apa tapi kes hari tu betul betul buat aku rasa "kau memang tak suka akuuu". Aku cuba bertahan dalam sem tiga tu dengan buat buat tak perasan apa yang dia buat. Konsep yang cuba aku pegang "lantak kaulah chorr" tapi jauh disudut hati aku aku sangat sangat terasa dengan apa yang dia buat.

Dalam sem 3 ni juga ak and my team JPK buat satu event ke luar negara iaitu Kemboja. well semua mestilah excited kan sebab event besar and dapat berjalan ke luar negara kott. sape je yang tak suka kan. But then, because of this event, aku pendam rasa sedih, sakit hati and marah aku kat semua kawan kawan team aku. Serious, kalau cerita sekarang ni, marah aku meluap luap kott. Aku cuba pendam sorang diri sebab again aku tak reti nak luahkan kat orang yang aku terasa tu and aku style yang okay pendam then okay dah if kau tak ingatkan aku pasal benda tuu. Tapi aku tak taulah, soal Kemboja ni dah lama dah berlalu and I don't know how tetiba benda tu bangkit semula. Hati aku jadi panas balik sedangkan aku taknak dah ingat pasal benda tu sebab heavy bagi aku. Heavy sangat sangat and aku nak lupakan semua benda.
Image result for lupa
Sem 3 aku, result aku makin jatuh merudum. Dengan result yang tak sampai 3.00 pointer, aku tau aku dah buat parents aku sedih dengan aku and dia org kecewa dengan aku. Sebab tu sampai sekarang ibu abah akan pesan "dah dah la tu busy dengan kolej. fokus study, tingkatkan balik result tu. nak sambung degree macam mana nanti." almost everytime aku nak balik kolej semula, ibu or abah akan pesan benda yang sama. Entahlah, aku tau aku dah kecewakan mereka dengan result aku entah pape, tapi bila naik sem 4 ni, still aku still taknak keluar dari kepompong yang sama . hurmm, *do pray for me ><*
Image result for pray for me
Naik sem 4 ni, hati aku dh makin kebal la kott. Aku macam malas nak terasa dengan apa yang orang buat kat aku. terasa tu terasa but i still buat lantaklah apa orang nak buat kat aku. aku dah malas nak layan. yela, kalau aku layan perasaan aku, orang bukan kisah pun kann. so i decided lantak kaulah. ha cenggituu . ahaha , urmm, sem 4 ni takde benda sangat kot but just sekarang ni aku dok stress sikit. bakpo Na ? bakpo mu stress ? putus cinta ke ? heyy poodah, takde masa la aku nak putus cinta bagai. takde masa wehh nak bercinta. huhu , urmm , aku dok stress sebab aku ni tak tau dah mana nak fokus. study ke event ke. urmm, kalau dengar kata parents, more on study, but aku tau tanggungjawab aku bila dah masuk JPK ni. urmm, tu yang otak pun dah bercelaru and tu yang terasa nak menaip malam ni .ahhaa ,
Image result for otak bercelaru
okaylah, penat dah luah semua benda for about almost 2 years in one night je. ahahha, harap korang tak bosan la baca ehh, kayy aku nak sambung buat assignment pula ni. doakan aku ye belaka belaka. ahhaa, okay night guyss assalamualaikum (:
Salam Sayang ,
Ena Pojie (:

Sunday, March 1, 2015

MAAF MAAF MAAF !

 

Hai awok awok semua . apa khabar meh ? alhamdulillah kami sihat .. kau tu cik Aina .. kau sihat ke tak ni ? eh ? aku ? alhamdulillah sihat juga . awat kau tanya gaya gitu sih ? tak adalah . nampak pelik . mana pernah kau ni rajin update pepagi buta macam ni ... hehe , saja je . aku dah bosan sebenarnya . tak tau nak buat apa .. main facebook dah jemu dah . tak ada benda nak buat .. >.<

Image result for bosan

so memandangkan aku tengah bosan tahap giga mega kilo and yang seangkatannya , so aku paksa diri aku rajinkan diri untuk menaip malam ni .. hurm , lain macam je aku tengok kau ni cik Aina .. apa pasai ni ? acuh cerita dengan aku ... hurm , tak ada apalah kawan .. aku okay .. jangan risau kay ? actually malam malam buta macam ni , aku tengah risau sangat sangat .. risau tahap gaban sebenarnya .. *kot* risau ? kenapa pula ni cik Aina ?

Image result for risau

aku risau la .. esok kan dah 3 Mac ... so ? huish awak ni ... tukan result SPM keluar .. cik Aina , janganlah risau .. bawa bertenang .. banyakkan berdoa eh ? saya yakin dan pasti awak dah buat yang terbaik sewaktu exam dulu .. insyaallah result awak okay .. believe in yourself la sayang .. thanks awak .. saya juga mengharapkan perkara yang sama .. hurm ,

actually la kan , memandangkan esok result tubik , aku ambil kesempatan ni la ek .. walaupun aku rasa macam dah lambat yang teramat amat , tapi its better than never right ? betullah tu . kau nak buat apa ? hurm , aku nak minta maaf kat semua orang ! semua orang ? maaf ? 

Image result for semua orang

hurm , 

Bismillahirrahmanirrahim ...

Dengan penuh tulus dan ikhlas , saya 'Aina Binti Mohd Fauzi ingin memohon beribu ribu keampunan dan kemaafan daripada seluruh umat manusia yang mengenali diri ini sama ada melalui ikatan ukhuwah face to face atau ikatan ukhuwah alam maya .. 

Maafkan diri yang penuh dengan noda noda dosa ini andai diri yang begitu kerdil ini pernah melemparkan kata kata yang sering menganggu gugat keamanan hidup kalian .. Kata kata yang sering kali menyiat nyiat lumat hati kecil kalian ..

Kalian , insan yang tidak sempurna ini sering kali terleka dibuai mimpi enak duniawi .. Insan lemah ini sering kali melontarkan pandangan dan butir butir bicara tanpa berfikir panjang .. Insan yang khilaf ini sering kali meninggi suara dan menjeling masam andai ada yang tidak berkenan dihatinya ..

Kalian , insan yang penuh dosa ini ingin mohon maaf andai sepanjang ukhuwah singkat kita ini , diri ini sering kali memandang rendah terhadap kalian . Maaf andai diri ini sering kali salah cara menegurnya . Maaf andai diri ini cuba sentiasa untuk berlagak alim sedangkan ilmu dan amal entah ke mana .. 

Kalian , diri yang lemah ini sedar bahawa diri ini sering kali membiarkan diri dikuasi EGO dan HAWA NAFSU .. namun , diri ini tetap terus lena diulik mimpi milik duniawi ... mimpi indah yang disajikan oleh duniawi menyebabkan diri ini terus membutakan matanya dan membutakan hatinya daripada menilai kebaikan dan ketulusan hati kalian dalam persahabatan kita ..

Kalian , kadang kala , diri ini terlalu seronok berbicara sehingga alpa tentang perasaan kalian .. diri ini sering terleka dengan perasaan kalian ... diri ini hanya tau menangkan egonya . diri ini hanya tau menyanjung egonya yang tinggi melangit itu ..

Kalian , untuk ku katakan betapa aku bersalah , yes , aku katakan sekarang .. aku bersalah kerana menyebabkan ukhuwah kita goyah . menyebabkan ukhuwah kita sia sia . menyebabkan ukhuwah kita tempang dimana mana .. 

Kalian , aku tujukan kata kata maaf ini bukan untuk kau seorang sahaja .. namun ku tujukan kata kata maaf ini kepada semua individu yang mengenali diri ini .. 

Kalian , aku bukan seorang sahabat rakan kakak adik anak wanita yang baik .. aku cuma aku .. insan biasa .. yang sering terleka diulit mimpi nan indah .. aku sedar aku bukan baik .. namun aku cukup berterima kasih dan cukup bersyukur kerana kalian kalian masih sudi menerima segala kekurangan dan kekhilafanku ini ..

Kalian , aku cukup bersyukur kerana ada kalian disisiku .. kalian ada untuk menceriakan hari hariku walau jauh di sudut hati kalian , hati itu mula membengkak dan mula bernanah dek kata kata tajamku .. maafkan ku kerana berjaya membengkakkan dan menanahkan hati kecil kalian ..

Kalian , aku doakan bahawa kalian dapat bertemu dengan seseorang yang jauh lebih baik daripada aku .. yang jauh lebih ikhlas dalam menjalinkan ukhuwah bersama kalian .. yang jauh lebih menghargai kalian .. yang jauh memahami dan mengharapkan perhatian kalian ..

Kalian , jujur aku katakan , aku sayangkan ukhuwah kita .. aku sayangkan kalian ! maafkan aku kalian .. jangan biarkan aku terkontang kanting bersendirian kalian .. pimpinlah aku menuju ke redha dan rahmat Ilahi kalian ..

Kalian , doakan aku agar aku dapat menjadi seorang sahabat , anak , hamba , kakak , adik , wanita yang solehah yang baik yang sentiasa menghargai kalian  yang sentiasa mengingati kalian dengan penuh hikmah ... doakan aku kalian ... doakan aku juga berjaya di dunia ini serta di akhhirat kelak .. doakan juga aku mendapat 9A+ di dalam SPM ku esok ..

Kalian , terima kasih sekali lagi ! kalian insan yang hebat kerana masih sabar melayan kerenah dan keras kepala ku ini .. terima kasih kalian ! hanya Allah yang dapat membalas segala jasa budi baik kalian terhadapku .. terima kasih banyak kalian ! :')

-salam sayang dari sahabat anak akak adik hamba wanita yang jauh ; 'Aina Mohd Fauzi-

cik Aina ........ kenapa cik Aina ? kenapa kau tulis semua ini ? awak , saya tak mampu untuk jumpa seorang demi seorang insan yang pernah hadir dalam hidup saya untuk saya menagih sebuah kemaafan . saya tidak mampu untuk berhadapan dengan mereka .. mulut saya begitu berat untuk menutur kata MAAF .. saya tidak kuat untuk semua itu .. oleh itu , hanya dengan cara ini , saya merasakan bahawa saya telah memohon maaf .. saya harap semua yang mengenali saya membaca entry lapuk bosan usang buruk saya ini .. saya harap mereka sudi memaafkan saya ..

Image result for memaafkan

hanya ini yang aku mampu lakukan .. aku tidak kuat .. aku tidak bisa ... oleh itu , MAAFKAN AKU DAN DOAKAN AKU ! aku sayang kalian till Jannah insyaallah ! 

okay , itu sahaja daripada aku hamba yang lemah .. maaf kalian . terima kasih ! aku minta diri dulu .. and yes aku mengharapkan kalian memaafkanku ... assalamualaikum !