Status Mood ! !

Bismillahirrahmanirrahim...Semoga semua pembaca blog ini terus mekar iman dan takwanya .. semoga kita semua menjadi Syabab dan Fatayat yang dapat menegakkan agama Allah .

Membesar Demi Mencari Keredhaan Allah ! !

Daisypath Friendship tickers

Peminat Peminat Blog ! !

Saturday, December 10, 2011

Gerhana Bulan ! !

 
Apa khabar ? korang mesti tertanya tanya mana la janji Cik Aina ni kan ? hehe . aku sebenarnya dah tulis . tapi belum habis la yunkk about entry islam tu . aku tetiba jadi malas la . hehe . ye la . aku copy cat je daripada sebuah artikel . nak kena salin balik . oh . begitu memenatkan . hehe . sorry ya ! nanti nanti la aku postkan benda tu . jangan risau . aku akan postkan jua . (:

Oh ye . tajuk entry aku malam ni ialah Gerhana Bulan . em , aku ada dengar 1 ceramah . dia cakap bahawa tanda tanda kiamat ialah berlakunya gerhana . tak kisah la sama ada gerhana bulan or matahari . em , tanda tu wehh ! Ya Allah , aku bermohon padaMu agar aku sempat bertaubat pada mu . amin .  huhu . takut la weh . banyak betul tanda tanda kiamat yang dah kita saksikan kan ?? kiranya kiamat semakin hampir dengan kita . tapi kita masih alpa and lalai serta leka dengan harta duniawi . hoho .

Eyh cik Aina ni . memang la ianya tanda kiamat . but , aku tak rasa ianya sesuai dengan tajuk kau hari ni .. adoyh mak minah ni . sesuai la ! ! erghh ! em , ok ok . meh aku bagitau . malam ni bersamaan dengan 10 Disember 2011 , berlakunya 1 tanda tanda kiamat iaitu gerhana bulan ! !

  

erm , gerhana bulan . best kan kalau kita dapat melakukan solat sunat ? em . aku teringin bebenor sebenarnya . tapi disebabkan sebab sebab tertentu , aku terpaksa melupakan hajat aku tu untuk melakukannya malam ini . huhu . eyh Aina oii ! ada hati nak buat . sedangkan kau tak tau punn ! eyh mak cik ! tak tau belajarlah . tak kan tak tau nak diam je kott ! apa da ! sekarang aku dah tau when my mum bagitau ok ? 

em , mula mula ....

1 . niat solat sunat gerhana . 
- Gerhana Bulan :
" Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah Ta'ala " .
- Gerhana Matahari :
" Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat makmum kerana Allah Ta'ala " . 
2 . takbiratul ihram . 
3. doa iftiah .
4. baca surah al-fatihah dan surah pilihan .
5. ruku' , tasbih dan qiam ( berdiri tegak ) .
6. baca surah al-fatihah dan surah pilihan .
7. ruku' dan iktidal .
8. sujud , duduk antara dua sujud dan sujud kembali .
9. qiam kembali untuk melaksanakan rakaat kedua pula .
10. baca al-fatihah dan surah pilihan .
11. ruku' bersama tasbih dan qiam semula .
12. baca al-fatihah dan surah pilihan .
13. ruku' dan iktidal .
14. sujud , duduk antara 2 sujud dan sujud kembali .
15. tasyahhud akhir dan salam .

selepas siap solat gerhana , akan ada khutbah khas sempena gerhana . (: ok . korang paham tak macam mana nak solat ? aku harap korang paham . (:

# Ingatan !!

1. bila korang solat gerhana bulan , segala bacaan dibaca dengan suara yang nyaring 
2. solat gerhana matahari pula suara yang perlahan .
3. jika tertinggal 1 rakaat , korang hendaklah menggantikan rakaat tu selepas imam memberi salam . 
4. em , disunatkan ditunaikan secara berjemaah di surah or masjid ! (  الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
5. em , disunatkan mandi untuk solat gerhana , sama seperti hendak solat jumaat . 

ok . dah tau segala tu , meh tonton simulasi gerhana bulan penuh yang berlaku kira kira jam 10.00 malam nanti . (: ngee ~ 

# Simulasi Gerhana Bulan Penuh

penat menulis sudah . harap korang tidak penat membaca ya ! aku harap korang mendapat sedikit ilmu daripada apa yang aku tulis untuk tatapan korang pada malam ini . sekian wassalam ! (:

# p/s : segala maklumat yang berkaitan , aku ada rujuk beberapa laman web . tapi aku guna bahasa aku sendiri agar mudah di fahami . (: 

                - MUFTI , Perak

No comments: