hye hye and good night every body ! apa khabar semua ? sihat ? kalau tak pergi jumpa doktor cepat cepat ! hihi ,
nihh aku update ni sebab aku sayangkan korang semua . yelah kan .. masuk blog aku tapi tak update update , selalu entry lapuk .. so soooory friends ! aku ni kan budak asrama . mana la ada masa nak update segala bagai ni ..
okay berbalik pada tajuk .. mengapa aku terharu ? ha ! bakponyo mung terharu wehh aina oii ? ha ! ni hok nok cito nyo ... godak punya godak sekali jumpa ni ... tak sangka wehh ! terharu gila bila baca !
mehh bagi siapa yang tak dapat faham maksud aku ... baca bawah ni kay ?
***************
penyambung waris SBP
Bismillahirrahmanirrahim...
Setelah 3 keturunan (Afif, Azwa, Aqil) bersekolah di Sekolah Berasrama Penuh, lepastu terhenti dekat Alia. Ingatkan takde dah adik-adik berminat nak duduk asrama ni. Rupanya ada, Aina.
Hari yang dinantikan tiba. Keputusan permohonan SBP.
Alhamdulillah. Aina berjaya! Dapat jugak akhirnya. Aku tumpang gembira. Kenapa? Emmm sebenarnya aku nak suruh adik-adik aku rasa apa yang aku rasa masa duduk asrama. Aku nak adik-adik aku dapat 'something' sepertimana aku dapat 'something' dulu. Aku nak adik-adik aku belajar erti kehidupan. Aku nak adik-adik aku jadi manusia. Aku nak adik-adik aku berdikari. Duduk asrama ni feel dia lain tau bila dah keluar sekolah. Serious lain.
Ni SBP baru sebenarnya. So, ibu abah macam ragu-ragu dengan kualiti cikgu-cikgu dia. Ibu cakap, 'na pegi dulu. Kalau rasa cikgu dia tak bagus, balik semula sekolah dekat ibu' Hikhikhik.
Buat adikku,
Pergilah aina, pergi belajar, tuntut ilmu sebanyak-banyaknya. Bawak balik kejayaan. Buat ibu abah happy. Kakak tak mampu nak happykan ibu abah masa SPM kakak dulu. Jadi, kakak harap na boleh buat ibu abah happy. Na harapan keluarga. Belajar elok-elok. Carilah 'kehidupan' dekat asrama tu. Banyak benda yang boleh belajar. Doa kakak sentiasa bersama. Salam sayang ♥
***************
ha ! baca tuhh ! terharu wehh ! tak sangka aku yang my sister ada tulis entry khas for me ! setelah setahun aku di SM SAINS BATU PAHAT , baru aku perasan wujudnya entry tersebut !
thanks kakak ! na sangat sangat sangat TERHARU ! (': macam tak percaya je kan .. haha ,
tapi apa yang kakak harapkan itu terlalu berat untuk na . but i'm trying because they are hoping on me right ? hurm , pasal kejayaan tu , insyaallah na mampu and na faham .. tapi pasal 'kehidupan' itu pula bagaimana ? kehidupan yang bagaimana yang kakak maksudkan sebenarnya ?
hurm , pelbagai dugaan yang aku lalui di asrama ni . nak cerita pasal pengalaman di asrama ni lain kali la ye ! hehe ,
okay ! tu aja untuk kali ni . next time aku tulis lagi ye ! thanks semua sebab sudi datang membaca entry entry dekat blog berhabuk aku ni . thanks jua buat kakak ! (:
No comments:
Post a Comment