Status Mood ! !

Bismillahirrahmanirrahim...Semoga semua pembaca blog ini terus mekar iman dan takwanya .. semoga kita semua menjadi Syabab dan Fatayat yang dapat menegakkan agama Allah .

Membesar Demi Mencari Keredhaan Allah ! !

Daisypath Friendship tickers

Peminat Peminat Blog ! !

Wednesday, February 18, 2015

FAMILY BADAR ?!


Hai hai awok semua .. Apa khabar meh ? hok aloh mung ni Cik Aina oi . tak adok soalan lain kah yang nak ditanya ? alah dia ni . orang tanya khabar pun salah ke sayang oi ? kira baik apa aku tanya tentang awok awok semua . kira adalah sikit sifat "kemanusiaan" dalam diri aku ni taukk !

hari ni , petang ni aku nak cerita or share la sikit dengan awok semua .. gapo tu hok mung nak share Cik Aina oii ? ha , ni nak habaq la ni ... acuh baca tittle entry aku kali ni .. Family Badar ? apa benda jadah tu Cik Aina ? 


Image result for confused

hehe , Family Badar ni , aku refer kat kawan kawan aku yang sama sama memikul tanggungjawab dalam gerakan Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR) di sekolah kami . hee , kami sama sama bertungkus lumus dalam menjalankan aktiviti aktiviti kerohanian and something yang berkaitan la ye . hehe , ohhh , macam tu rupanya . ingat ke apa benda je tadi ... haha , ha ! fikir lain la tu .. aihh kau nii . haha , 

Image result for fikir lain

okay , back to the topic . petang ni entah awat tetiba aku rasa macam nak cerita pasal sahabat sahabat aku yang aku gelar "FAMILY BADAR" tu .. aku happy kenal mereka . walaupun kadang kadang , Ya Allah , nak je aku sepak terajang , nak je aku jerit kat dia ... sebab geram sesangat .. tapi sikap , kenakalan , kerenah mereka yang buat aku rindu mereka sekarang ni . 2 tahun kenal mereka , nak kata kenal luar dalam tu , memang tak la kan . awat pula ? 2 tahun merupakan satu jangka masa yang lama tau ! memang la , tapi dah aku tak boleh nak agak mereka macam mana . haha , dah la , yok layan dengan aku pasal mereka ni ..

Image result for layan

okay , aku start with our Ketua Badar . nama diberi , Muhammad Iqbal Hafiz bin Su'ib . Yang badariah panggil dia Babah bila bersama badariah sendiri . Kiranya panggilan tu tanpa pengetahuan dia la . kalau dia tau , aku tarak tau mau cakap apa . haha , mamat ni , kira ramai kata handsome , bla bla bla , bagi aku and my geng badariah cakap , biasa biasa je mamat ni .. hoho , dia ramai peminat . almaklum la kan , dah suara dia sedap , pandai , and banyak la lagi . tapi hanya kami je tau dia ni macam mana .. *yang dia tunjuk depan kami la* . bagi kami dia agak childish , kelakar , annoying and so on .. haha , *jahatnya aku !* tapi ada aku kesah ? haha , okay , cakap sahaja mesti bosan , so ni la mamat yang aku maksudkan ..


okay next person is my lovely Umi ... hehe , nama diberi Zai Nurfatinni binti Azmi . okay , dia ni matang . matang sesangat . dia bagus dalam menguruskan "family" kami ni . dia yang banyak bergerak and banyak mengarahkan kami itu dan ini . and dia selalu gaduh gaduh manja dengan Babah . well well well , kami pun apa lagi la ... ambil kesempatan yang ada kenakan dia and Babah . haha , mereka look so cute you know . tapi well , dalam urusan kerja je la . mana boleh lebih lebih kan , nanti orang lain cakap apa pula . kesian kat Umi aku yang sorang ni . haha , aku tak tau nak describe dia ni macam mana . yang aku boleh cakap , dia rajin . walaupun busy uruskan Badar , namun study tak pernah tinggal . and dia selalu dapat kepercayaan daripada adik adik baik lelaki mahupun adik adik perempuan untuk mereka meluahkan rasa and so on la . so , dia memang ada sifat keibuan .. *yeke?* , and this is the girl yang aku maksudkan ..


ha , then aku turun kepada Mohamad Ameerul bin Mohamad Tayyib . okay , ramai panggil dia Abe . sebab dia dari Kelantan . dia just dok sana je , and sekarang dia dah pindah BP . cuma panggilan tu still lekat kat dia . kau pun panggil dia Abe ke Cik Aina ? taklah , aku tak panggil dia Abe pun . gelilah .. haha , aku lebih selesa panggil dia Meerul , mula mula kenal dia je aku panggil dia Abe , lepas lepas tu dah tak . aku tak tau awat . cuma aku lebih selesa panggil dia Meerul . okay budak ni pun pandai . sangat sangat . duduk kelas number 2 which is Bijaksana . hah , memang pandai habis la mamat sorang ni . okay , dalam family kami , dia diamanahkan pegang Setiausaha. well , budak rajin katakan . so , memang sesuai pegang Setiausaha tuu . 


next is Pembantu Setiausaha . okay nama si gadis comel lote ni ialah Nur Athirah binti Ramli . dia pun budak pandai . dah la pandai , peramah , semua suka dia . serious aku tak tipu . dia jadi Majlis Tertinggi Rumah Nilam . yela , budak pandai . haha , macam tak ada kaitan je ... eh ? biarlah . haha , seronok kawan dengan dia . and ini budaklah yang selalu naik bas dengan aku untuk balik JB . haha , 


Nurul Ariessa binti Amran .. gadis yang periang . tapi dalam masa yang sama suka pendam perasaan . sampai kami sendiri naik tak paham . hehe , tapi seronok kawan dengan dia . sebab apa ? sebab dia PERIANG ! and dia banyak ilmu . insyaallah . dia berani bercakap kat depan khalayak adik adik Muslimah . mana ada penakut .. haha , tabik ah dia ni . and biasanya dialah orang yang dipertanggungjawabkan untuk conduct Malam Keinsafan . sebab apa ? aku tak tau la . yang aku tau memang dia reti mainkan intonasi suara ni . mantap habis ! haha , 


next is our sopan lemah lembut Penolong Bendahari . namanya Azzahra binti Zakariah . dia ni putih melepak . comel je , ayu pada luarannya , tapi bila kenal dia , huish , ganas juga . haha , aku tak adalah rapat sangat dengan dia ni . aku sendiri tarak tau apa pasai . cuma aku rasa seronok dengan kelembutan and at the same time keganasan dia . hehe , 


okay , next person ni memang aku rasa macam apa je .. pegang jawatan as Ketua Dakwah . wow , bila pegang KETUA DAKWAH , ilmunya sangat aku sanjung . banyak ilmu beb . tapi mamat ni dah tak reti nak cakap straight to the point . mesti nak kona kona untuk sampai sesuatu ... geramnya .. tahan jela . bila orang tak dapat tangkap , mesti dia gelakkan . kuang ajo gila mamat ni , mamat ni suka buli orang . kesian Penolong dia . asyik kena buli je ngan mamat ni . tapi okay la kenal dia . he the one make the meeting happening . gelak ketawa .. actually cara dia la kot , entah lah mamat ni . aku pun tak dapat nak faham dia 100% .. so , biarlah dia ... cik kak oii ! kau tak bagitau pun nama dia ..... oh ? hehe , nama dia adalah Mohamad Norfiqiri bin Abd Hamid .. *hari tu dia salah panggil nama abah ! tahan je aku !*

 

okay penolong dia .. orangnya kecil molek je . comel sangat sangat . serious aku tak tipu . comel sesangat . tapi siapa sangka kecil molek lemah lembut dia tu , budak silat tu beb ! haha , budak silat ? seriously ? tipu ah kau ! serious ! aku tak tipu . dia memang budak silat . tapi last last nak dekat spm tu , badar busy and kami memerlukan dia . so , dia ni aci taram je ponteng latihan silat . dia kata dia sayang badar . nak ngan badar .. ahh , so sweer sayang ! aku sayang budak comel ni tau .. ilmu dia pun banyak . adik adik pun sayang dia . memang seronok kawan dengan dia ni . namanya Fatin Nabiha binti Jais .


Ketua Lajnah Musolla pula . nama dia Muhammad Iqbal bin Mesman . lemah lembut je orangnya . sopan .. seriously . aku and semua badariah hormat dia . kami nampak dia ni lain dari mamat mamat yang kat sekolah tu . dia ni bagus . buat kerja dia dengan teratur . pasal surau , memang dia jaga dengan cermat dan termat .. ada ke termat ? termat tu apa ? err , apa apa je la , haha , mamat ni baik . orang cerita dengan aku kan , dia ni hormat gila gila parents dia . baiknya lahai . untung penolong dia . mudah je nak bekerjasama dengan dia ni . tak banyak songeh and tak banyak ragam . ikut je selagi benda tu benar and tidak menyalahi undang undang syariat and undang undang sekolah . thumbs up to him !


pembantu Iqbal ni ialah Siti Jamilah binti Ahmat . sekarang ni , budak ni dah diangkat sebagai Penolong Ketua Alumni Badar . hebat kan dia ? hehe , dia baik . sangat baik . aku suka kawan dengan dia . tapi dia manja . alah , normallah kan perempuan manja ? selagi belakang lelaki ajnabi , nak manja macam mana pun no problem . dah depan lelaki , cover cover la ye . haha , Jamie ni nama manjanya , dia ni budak pandai . dia la yang ajar aku add math dah nak dekat dekat spm hari tu . syukran ya ukhti ! dia ni pun bertanggungjawab . jaga surau dengan Iqbal memang mantap ! iya ke ? bersih sangat ke surau tu sampai kau nak kata MANTAP ? uish dia ni . nak kata bersih yang teramat tu memang la tidak . dah budaknya still pegang gelaran student kan . dia buat la apa yang dia mampu kan ... so , aku hormat dia ni .



next one is my Ketua Tamrin . my KETUA ? hurm ? ada apa apa ke Cik Aina oii ? uishh , mana ada apa apa . aku cakap MY tu sebab dia ketua aku . kami di bawah Lajnah yang sama . jangan fikir yang bukan bukan ye sayang oii . okay , nama dia Najmi Afiq bin Juma'at . aku tak tau nak describe dia macam mana . bagi aku la kan , he okay . buat kerja dia . and paling penting dia faham aku and kami boleh bekerjasama . oaky , so tak adalah aku pening kepala sangat . so , just fine la aku ngan dia boleh bekerjasama kan . tak adalah teruk sangat . haha , and now , dia ni diberi amanah untuk pimpin Alumni Badar . ha , dah hebat sekarang dia ni ,




okay penolong dia adalah aku . aku skip je la ek . tak kan la aku nak cerita pasal aku pula kan ... so aku skip . alah cerita jela . apa masalah ? no no no , aku nak pergi yang seterusnya ..

"adik beradik" aku yang seterusnya ialah Muhammad Ali bin Abd Ghani yang diamanahkan untuk pegang Ketua Lajnah Tobaq . mamat ni tinggi lampai . ustazah kata dia sweet . sweet dari segi rupa paras . lembut untuk dipandang . entahlah , aku pun tak paham . iakan aja la . haha , dia ni pandai fizik kalau tak silap aku . dia kelas Usaha , and dia pandai kay ? sekarang ni , dia cukup bagus . aku dapat tau dia pergi satu madrasah untuk mendalami ilmu al-Quran . wow , so good la Ali ! thumbs up to you ! 


"penolong peribadi" mamat tu ialah Norsuhada binti Abdul Rahman . okay , orang panggil dia Adah . dia sendiri gelarkan diri dia macam tu . dia ni budak kreatif . boleh update blog dengan cun melecun and boleh create risalah lawa ... so , no wonder la dia pegang Penolong Lajnah Tobaq kan ? hehe , dia ni pun budak rajin belajar . sampai kekadang aku stress cakap dengan dia pasal Badar . sebab apa .. sebab dia tak mau layan aku .. sedih beb . tapi aku faham dia . dia sayangkan Badar cuma last year kan kami nak SPM , so dia nak belajar untuk dapat keputusan yang cemerlang gemilang lagi terbilang . so , biarlah dia . hehe , dia sahabat yang baik . ada untuk aku untuk ajar aku apa yang aku tak paham . sometimes she make me laugh . syukran Adah !


Mirza bin Ismail ialah mamat Ikhtisas . dia ni pendiam je . susah nak dengar dia bercakap tau .. seriously . tapi dia bagus . dia senang senang je boleh cari pembekal pembekal untuk sesuatu barang . macam hari tu , dia la yang uruskan berkaitan Baju Badar . wow , memang kualiti bagus punya . and murah pun murah . aku tak rapat dengan mamat ni macam mana aku rapat dengan mamat mamat yang kat atas tu . so , aku tak tau nak describe dia macam mana . what i can say , dia bagus and dia pendiam . *okay bye !*


last person yang aku nak cerita ni ialah Anis Nadzirah binti Azmi . okay , dia bukan kembar Zai ye . ingat ke dia kembar Umi kau tu Cik Aina . bukan eh ? bukan sayang . aku tau nama ayah mereka sama . tapi bukan kembar pun . lain mak lain ayah . okay , Anis ni pun sama spesis dengan Mirza . senang cari pembekal . Anis ni runding dengan pembekal untuk dapatkan harga yang murah bagi button badge . so waktu zaman kami memerintah , Badar memang terkenal dengan penjualan button badge selain daripada jualan kerepek . Anis ni pun boleh dikira budak pendiam la juga . tapi mudah bergaul dengan orang *sudah semestinya yang muslimat* .. orangnya pun kecil molek juga . comel ! hehe , suara dia halus je . kecil je suara dia . tu yang buat dia comel and cute ! haha , 


okay , aku rasa tu je la dulu aku nak share pasal Family Badar aku . tak larat wehh aku nak share semua . dah la family aku ni besar lajok . aku tak larat nak taip bebanyak . and aku tau kau orang pun mesti tak larat baca . entah entah yang aku tulis ni pun tak terbaca kau orang kan ? haha , okaylah , aku rasa aku kena undur diri dulu . mata dah pedih hadap lappy . okay , bye and assalamualaikum ! enjoy your day ! :D

No comments: